Monday, July 5, 2010

kenTuT...sihat atau penyakit???

Tengah aku duk boring2 kat depan pc ni, tiba2 rasa cam nak baca paper (baca online je)...aku belek punya belek, terjumpa satu artikel ni..artikel pesal KENTUT...cam menarik pun ada huhu

baca punya baca barulah aku tau yang kentut ni tanda kita sehat =)



Ni artikel yang aku baca tu tapi just beberapa petikan shj :

"PAKAR Perubatan Greek, Hippocrates pernah menyifatkan kentut adalah proses penting untuk kesihatan. Justeru, jangan malu kerana kentut. Setiap orang kentut. Tanpa kentut, anda sebenarnya mungkin berhadapan dengan masalah kesihatan.

Bagaimanapun, kentut yang berbau dan ‘dilepaskan’ dengan bunyi yang kuat memang memalukan. Bau dan daya kekuatan kentut dilepaskan bergantung pada makanan yang kita ambil,berapa lama kentut itu ‘disimpan’ dan daya kepantasannya dikeluarkan dari anus.

Dalam definisi perubatan, kentut adalah sebahagian daripada lebihan gas dalam perut atau usus. Ada kala lebihan gas ini menyebabkan anda berasa tidak selesa seperti perut kembung, sendawa atau kentut. Kebanyakan orang melepaskan gas berlebihan ini 14 kali sehari, tidak kiralah sama ada sebagai kentut atau sendawa. Kentut tidak membahayakan nyawa, mungkin ia hanya akan membuatkan anda malu jika ‘terlepaskannya’ di khalayak ramai dan berbau kurang menyenangkan. Bagaimanpun, jika anda kerap kentut ada kalanya ia mungkin penanda masalah kesihatan yang lain. Justeru, anda memerlukan rawatan perubatan.

Umumnya, komponen utama dalam kentut adalah lima gas yang tidak berbau - nitrogen, hidrogen, karbon dioksida, gas metana dan oksigen........"selebihnye baca kat website Berita Harian ye =)
(sumber artikel di atas - Berita Harian)




daya dan kekuatan kentut yg melampau...ish2 dasat nyeeee





kentut sopan....keh keh keh :p

(gambar2 dari google)

pewangi tambahan = pencemaran udara / bunyi = KENTUT


2 comments:

Anonymous said...

ni mesti kes suka kentut merata2 ye..

zBz said...

haish!!! jgn ckp kuat2, nnt kantoi keh keh keh :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...