Sunday, July 11, 2010

Keputusan perlawanan German VS Uruguay


German VS Uruguay
3 - 2

2010 FIFA World Cup South Africa...keputusan terkini..latest news!!! hot news!!!

Perlawanan antara pasukan German menentang Uruguay telah pun berlangsung dan tempat ketiga dan keempat bagi World Cup 2010 sudah pun diketahui...
Tempat ketiga telah dimenangi oleh German dengan mengalahkan Uruguay 3-2. Satu perlawanan yang sengit kita dapat saksikan pagi ini kerana kedua-dua pasukan ini tidak menunggu lama untuk melakukan serangan balas.
Gol pertama dijaringkan oleh German pada minit ke 19, Thomas Muller. 9 minit sejurus kemudian, Uruguay pula menjaringkan melalui pemain Edinson Cavani. Keputusan 1-1 kekal hingga tamat separuh masa yang pertama.

Separuh masa kedua bermula dengan agak garang kerana masing2 memburu gol kemenangan. Gol kedua Uruguay dijaringkan oleh Diego Forlan pada minit ke 51. Namun begitu German tidak menunggu lama dari jaringan itu, gol kedua German dihasilkan oleh Marcell Jansen pada minit ke 56, iaitu 5 minit selepas gol kedua Uruguay...
Sami Khedira muncul wira German dalam perlawanan ini apabila berjaya menyumbat gol ketiga German pada minit ke 82 sekali gus melenyapkan harapan Uruguay untuk merebut tempat ketiga FIFA Wolrd Cup 2010 ini...





tak dapek g final xpolah poiek..tompek ke 3 pun jadila dr xdo tompek langsung...





cover2...masuk muka dlm baju..owang xnampak..huk huk huk..sob sob sob :'(





Tahniah pasukan German =)

Perlawanan seterusnya antara Netherlands dan Spain pada jam 2.30 pagi hari isnin
(pagi2 senin k)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...