Tuesday, September 7, 2010

bila tiba hari raya.....semua insan ber????

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat kengKawan semua ^_^ syukur alhamdulillah kita masih lagi diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan dalam bulan Ramadhan yang mulia ini...di hari-hari yang terakhir ni marilah kita sama2 pertingkat kan lagi amal ibadah kita (kerap berqiamullail) dan moga2 segala amal ibadah kita diterima olehNYA...



Asal nak ghaye je semua orang mesti
sibuk..sibuk buat kuih la..sibuk bershopping sakan..sibuk kemas ghumahla..sibuk itu ini dan segala macam sibuk nyeee la kan...aku juga tidak terkecuali dari sibuk (or menyibukkan diri keh keh keh) tolong ibu buat kuih ghaye (buat kuih part2 yang sonang jo hehe)..selesai sudah kerja2 buat kuih kat ghumah aku hari ni..selama 3 malam kami bertungkus lumus (yeke??? :p) siap kan kuih2 raya yang tak seberapa ni ha..adushhhh ponek den :p

Dalam kesibukan kita, jangan lah kita lupa kepada mereka yang kurang upaya atau kepada mereka yang hidup lebih sederhana dari kita semua.."bila tiba hari raya, semua insan bergembira tetapi bagi ku hanya kesedihan yang menyelubungi hidup"...setakat hari ni, alhamdulillah aku masih lagi sejahtera tapi bila teringatkan saudara2 seIslam kita (kat Palestin n kawasan2 yang diceroboh Israel) terasa sayu hati ni..nak2 pulak dalam bulan pose ni, macam2 berita kita tengok di dada akhbar..mesti saja ada manusia yang dicabut nyawa nya..buang anak, sembelih anak, main mercun (putus sana sini anggota badan), rogol...huhhhhh...semoga ahli keluarga mangsa diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan di dunia ini..ape2 pun lifes must go on...setiap dugaan dari ALLAH adalah untuk menguatkan diri hamba2NYA...DIA tak kan menguji hambanya dengan ujian yang berat melainkan DIA tahu yang hambanya itu mampu menerima ujian dariNYA...

Dalam kita asyik mood beraya, janganlah kita lupa padaNYA..kerana DIA kita masih lagi bernyawa..

Buat kepada yang berduka, 
Jangalah berduka dengan ketidaan mereka, 
Kita yang masih bernyawa, 
Berdoalah padaNYA semoga roh mereka dicucuri rahmat dan 
Semoga hidup kita sentiasa dibawah perlindungan Yang Maha Esa 





(gambar dr google)

13 comments:

mifh @ Hadi said...

Sibuk jugak tapi tak sempat nak bershopping lagi :)

Atsuko Ichirou said...

bersyukur dgn ape yg ada....

Kalamhati said...

Yang penting berpada-pada bila bershopping..shopping dgn berhemah..=)

Chikamaru Nara said...

knp la aku xde mood nk raye ek.. hmmm

My MiRa said...

la...ber...????bergembira la...tak mo sedih2...:)

zirconia said...

setuju dgn anda :)

AiDa AzRyN said...

Selamat Hari Raye!! :D

aNa_mE said...

bila tiba hari raya, semua insan bershopping, berseronok sbb cuti..yehaaaa!!

beLLa said...

bersyukurla kte masih lagi ley sambut raya.. ;)

btw, selamat hari raya!

white rose said...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,
AMPUN MAAF DIPINTA DIATAS SEGALANYA...

semoga bulan kemenangan ini memberikan seribu kemenangan buat kita semua...

hati2 dijalan raya...

elmo blurb said...

jalan sesak sbb org sibuk beli baju raya, kueh raya, kasut raya, semua ray.. seb bek tak bela antu ray.. keh keh


ape² tx mngingatkan.. harus bersederhana kan? ;)

selamat hari raya ! ;)

mIMey said...

selamat hari rayer~~ maaf zahir batin~~

Fanna Roslan said...

Selamat hari raya maaf zahir dan batin :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...