Wednesday, January 11, 2012

wahai insan yang bergelar ANAK....SAYANG kah KITA kepada MEREKA?

 Sumber gambar dari Google

Pada awal permulaan video ni, aq macam terpinga-pinga dengan penjelasan yang cuba disampaikan oleh beliau, namun bila lama-kelamaan baru dapat tangkap tentang apa yang disampaikan. Rupa-rupanya berkaitan dengan suatu hadis yang sering diperkatakan pada masa kini (aq xtau hadis apa tapi cara dia bagi penerangan ada relate dengan ibu bapa dan anak-anak).


Lama-kelamaan bila aq dengar, hati ni tiba-tiba terasa terpukul dengan "message" yang cuba disampaikan kepada para pendengar dan yang menonton. Terasa seakan-akan
sebak yang datang secara tiba-tiba (sebab aq dalam 2 minggu ni sibuk study nk final exam, so pagi petang siang malam dengan buku jela). Bila mendengar sahaja perkataan "ibu bapa", bergetar hati ni, sayu pun ada teringatkan ibu ayah kat rumah. Namun aq tabahkan jua hati nak tengok dan dengar video ni sampai ke penguhujung.

Aq xtaula apa yang orang lain fikir or rasa bila tengok video ni, tapi memang aq rasa sebak. If nak tau lebih lanjut, boleh try tengok video ni dulu kt sini or dekat link dalam entry ni (bahagian bawah).


video



 Sumber gambar dari Google


 Lalu dalam hati kecil ni berbicara:

Ya Allah Yang Maha Mendengar
Hamba mu ini memohon keampuanan dari MU
ENGKAU selamatkanlah kedua ibu ayahku 
Dan ENGKAU rahmatilah mereka 
sebagaimana mereka berdua mengasuhku ketika aq masih kecil
Tempatkanlah ibu bapa ku ke dalam syurga MU Ya Allah...amin



 Sumber gambar dari Google


Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat

 Lagu : Ayah dan Ibu (Sudirman)


Untuk download video ni, sila klik sini

4 comments:

IntaNBerliaN said...

kita akn lbh2 memahami perasaan tu bila kita sendiri telah bergelar ibu or bapa.. :-)

suzie rahman said...

sy syg mereka tp xlps lukai hati mereka. :(

maizatul azrina Yaakob said...

sy sayang family sy....=0

sea_lavender said...

baca entry ni terus rindu mak n ayah~ padahal bru je kol kot.. dapat kol free ari2 lagi.. kasih syg mak dan ayah tak ternilai~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...