Thursday, January 26, 2012

Tawaran Biasiswa


Sumber dari Google

Assamualaikum dan salam sejahtera.


Zaman sekarang ni ramai yang nak ditaja or dapat sponsorship biasiswa (scholarship) untuk sambung belajar, sama ada diperingkat diploma mahupun degree (sarjana muda). Dulu penah gak la aq dapat tawaran tapi bukan biasiswa, hanya temuduga biasiswa hehehe. Tawaran temuduga yang aq dapat adalah dari Tenaga Nasional Berhad also known as TNB. So tawaran biasiswa ni memerlukan kita attend temuduga dulu. Nak cite sikit pesal pengalaman aq waktu attend temuduga biasiswa TNB ni. Masa tu, temuduga ni buat kat dalam kampus UNITEN, Bangi. Dia buat dua sesi, pagi dan petang. So aq dapat sesi pagi dan pada waktu kuliah. So paham-paham je la kan waktu kuliah n aq pun dengan senang hatinye ponteng kelas keh keh keh  masa tu nasib awal sem, so takdelah susah hati sangat nak ponteng :p


Cara pemakaian adalah formal (kemeja lengan panjang+tai+seluar slack) jeans are not allowed!!! Datang awal pagi dalam kul 8.30. Masa sesi pagi macam tak ramai sangat je, yela sebab interview masa student tengah ada lecture, sape yang nak pergi??? sesi interview dorang buat secara berkumpulan, 4 or 5 orang sekali masuk, if tak silap aq la. Panel ada dalam 2 or 3 orang. Before masuk, akan ada sorang staff briefing calon-calon dulu n arrange kitorang dalam satu bilik. Masa interview, soalan or apa yang kitorang kena buat adalah perkenalkan diri masing2  dalam 3-4 minit (aq hentam jela apa yang boleh hehehe) then panel akan tanya pesal general knowledge berkaitan TNB. So waktu ni, before aq masuk interview nasibla staff tadi ada bagi tau, kebetulan bangunan tu ada wireless. Dengan handfon cap ayam aq ni, dapatla google sikit pesal TNB hehehe :p So untuk soalan knowledge tadi tu, memang dapatla aq jawab n  score habis2 hehehe


Soalan ketiga,
kena bagi pendapat base on soalan yang diberi. Lebih kurang macam perbahasan sikit, ada pembangkang n pencalon. So masing-masing kena bagi hujah2 yang bernas dengan penuh yakin.


Overall, sesi interview aq ni dalam bahasa melayu (seingat aq la) tapi tak tau la sekarang ni camne pulak. Sebab aq pergi waktu tu dalam tahun 2010, so sekarang dah tahun 2012 tak tau la same method or not.


At the end, aq tak dapat pun biasiswa TNB tu hahaha but just dapat pengalaman rasa di interview sahaja keh keh keh ^_^


Ikutkan di Malaysia tercinta ni ada macam-macam biasiswa yang ditawarkan. Yang pernah aq google n jumpa seperti biasiswa Yayasan Telekom Malaysia (TM), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Sime Darby, Perusahaan Otomobil Nasional (PROTON), Bank Negara,  Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Petronas, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan kalau tak silap aq, setiap negeri boleh dikatakan ada yayasan yang menguruskan hal ehwal biasiswa seperti Yayasan Negeri Perak, Johor, Cheras dan pernah gak rasa nye aq terdengar biasiswa Tunku Abdul Rahman. Tapi aq rasa ada banyak lagi, cuma aq je yang tak tau hehehe but last sekali adalah pinjaman selain dari biasiswa yang sangat dikenali ramai,  PTPTN =)


p/s: sesapa yang tak bayar lagi bayaran balik PTPTN ni sila lah bayar ye walaupun sedikit. Bukan ape, kasihan dekat generasi yang akan datang ni yang nak meminjam dari PTPTN untuk further study...sekian ^_^

1 comment:

Izzati Tatie said...

owh mcm tu..klu mcm sye skrg under mara.taget sye 3.5 ke atas.sbb boleh trus jd ke sponsorship..so kne bhempas pulas skit skrg nie.hee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...