Sunday, February 20, 2011

Senjata Biologi...

Rentetan dari kejadian 9/11 yang berlaku di Amerika, Iraq terus dikecam hebat sebagai pengganas. Akibatnya, hampir seluruh bumi Iraq dengan rakusnya dihujani dengan bom2 jet pejuang dan selama bertahun-tahun rakyat di sana hidup dalam keadaan kekalutan dan ketakutan...namun sampai bilakah perkara ini akan berterusan??

Ahli politik Iraq benci ‘Curveball’

BAGHDAD: Ahli politik Iraq mahu pembelot diberi nama ‘Curveball’, ditarik kerakyatan selama-lamannya selepas mengaku kepada akhbar Britain, The Guardian, dia menipu Iraq memiliki

senjata pemusnah besar (WMD) menyebabkan Amerika Syarikat menyerang dan menggulingkan Presiden Saddam Hussein.

Rafid Ahmed Alwan al-Janabi berkata, dia sengaja mengada-adakan cerita mengenai program senjata biologi tidak wujud Presiden Saddam Hussein untuk ‘membebaskan’ Iraq.
“Dia penipu, tidak layak berkhidmat untuk negaranya,” kata seorang ahli politik Iraq sebagai maklum balas terhadap niat ‘Curveball’ yang mahu membina kerjaya politik di tanah airnya.
Di negara buangannya di Jerman, ahli politik menuntut untuk mengetahui mengapa perkhidmatan rahsia Jerman, Bundesnachrichtendienst (BND), membayar Curveball £2,500 (RM12,329.41) sebulan sekurang-kurangnya lima tahun selepas mereka tahu dia menipu.

Di Amerika, persoalan ditanya mengenai cara CIA menguruskan ‘Curveball’, 43, dan secara khusus mengapa ketua agensi perisikan ketika itu, George Tenet, tidak menghantar amaran dari Jerman mengenai sama ada ‘Curveball’ boleh dipercayai atau tidak.

Namun kritikan paling tajam mengenai ‘Curveball’ datangnya dari Iraq.

Jamal Al Battikh, menteri hal ehwal puak negara itu berkata. “Secara jujur, lelaki itu menyebabkan Iraq terjerumus ke dalam malapetaka dan satu bencana.
“Rakyat Iraq membayar harga yang tinggi untuk penipuannya, pencerobohan pada 2003 memusnahkan infrastruktur asas Iraq dan selepas lapan tahun kami belum dapat membaiki bekalan elektrik ditambah ribuan rakyat Iraq yang maut.

“Lelaki itu tidak wajar dibenarkan pulang. Rakyat Iraq sepatutnya menyamannya kerana berbohong,” katanya.

Yang lain mengeji ranca ngan ‘Curveball’ pulang ke Iraq dan menyertai politik.

Intefadh Qanber, jurucakap Kongres Nasional Iraq (INC) diketuai Ahmed Chalabi berkata: “Dia adalah seorang penipu dan tidak layak berkhidmat untuk negara. Dia mengada-adakan cerita mengenai WMD dan cerita itu memberi Amerika alasan mengetuai pencerobohan pada 2003, yang memusnahkan Iraq.

“Bagi kebanyakan rakyat Iraq, jelas bahawa Saddam adalah seorang diktator, namun mereka mahu melihatnya disingkir atas jenayah yang dilakukannya ke atas hak asasi manusia, bukan mengada-adakan cerita mengenai senjata pemusnah.”

Di Amerika, sebuah kumpulan tekanan yang mewakili veteran perang Iraq menggesa jabatan kehakiman membuka satu siasatan terhadap hubungan INC dan Curveball.

Chalabi, yang amat rapat dengan bekas Naib Presiden Amerika, Dick Cheney, pada dekad sehingga pencerobohan 2003, sering dituduh menjadi dalang di balik pembabitan ‘Curveball’.

Diketahui sekian lama bahawa Chalabi menyediakan CIA dengan tiga sumber yang menipu mengenai keupayaan WMD Saddam. Namun apabila ditanya The Guardian, Rafid dan Chalabi menafikan mengenali antara satu sama lain. – Agensi


Sumber dari Berita Harian

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...