Monday, February 14, 2011

MESTI BACA: Peringatan PENTING untuk SEMUA!!!!


Assalamualaikum dan camat malam buat semua kengkawan ^_^ . Agak lama gak la kita ta update blog ni ye, sibuk memanjang. Syukur alhamdulillah ada juga kelapangan untuk teman meng update blog ni. Bulan Januari tahun ni memang sibuk ya amat, al maklumlah da tahun 3. So need to gain more knowledge as much as we can =) ok cukup sekadar intro...hehehe

Maklumat ini saya peroleh dari kotak email saya dan sekadar perkongsian untuk semua yang rajin membaca ^_^ entry ni adalah berkaitan dengan
ucapan 'Salam'. Perkatan ini sering kali kita gunakan dalam kehidupan terutama sekali ketika ber SMS. Tak kesah lah dengan parent ke, dengan kawan2 ke or dengan siapa2 sahaja.


SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM or ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita

Tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam. Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”…. Ringkasnya, baginda SAW akan; Beri salam dengan ucapan -“Assalamualaikum” dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam, saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat. Jawab salam yang betul ialah ; “WAALAI KUMUS SALAM” dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ; “WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata “Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr… Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer” Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“. Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan. Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘….dalam Bahasa Ibrani. Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang Bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan diaguna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.Jangan guna “Semekom” kerana “Semekom” bermaksud Celaka Kamu.

”Gunakan perkataan“ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”

Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.

Sekadar perkongsian buat semua ^_^....

2 comments:

FurBall said...

masay Allah..memang banyak dosa yang kt buat n kt tak sedar

puteri cahaya. said...

Tq utk info ini.. Assalammualaikum..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...