Wednesday, October 27, 2010

Anak tumbuk IBU

Ini lah yang berlaku pada zaman sekarang. Manusia semakin hilang pertimbangan. Inilah yang terjadi apabila dunia didahulukan, akhirat dikemudiankan. Bukan ke syurga itu di bawah tapak kaki ibu??? kasih ibu membawa ke syurga tapi kalau camni la anak2, silap2 bawa ke neraka lah jawab nya....


BILA IMAN KURANG DI DADA
NAFSU MENJADI RAJA
BILA AKAL TIDAK DIGUNA
HATI MANUSIA MENJADI BUTA...
 

CHUKAI: Seorang bakal pengantin menumbuk muka ibunya sehingga wanita itu
terjatuh dan koma di rumah mereka di Kampung Mak Chili Paya, selepas berang ibunya lambat membuat persiapan majlis perkahwinannya yang akan diadakan pada 6 November ini.

Dalam kejadian pada jam 1.15 tengah hari kelmarin, wanita berusia 49 tahun itu mengalami pendarahan teruk di muka akibat kesan tumbukan kuat anaknya itu, sebelum terjatuh dan mukanya tersembam pada meja kayu.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat berkata, suspek yang bekerja di sebuah syarikat petroleum di sini, dikatakan baru pulang daripada tempat kerjanya, manakala ibunya sedang mengemas rumah.

Katanya, suspek kemudian bertanyakan perkembangan persiapan perkahwinannya seperti pelamin, barangan hantaran dan jamuan kepada ibunya sebelum kejadian.

Untuk berita penuh sila klik Bakal pengantin tumbuk muka ibu sehingga koma


Sumber berita dari Berita Harian

5 comments:

Nasir Bravo said...

aduh smpai mcm nie sekali,,,dunia2...kau dah uzur rupanya,,,
Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu

NoorGie said...

astaghfirullahalazim...
dunia akhir zaman..ade ke buat kat mak macam tu....

maisyara Pot! Pot! said...

anak tk mengenang jasa... iskkk T____T

Inn said...

xpatut2...huhu mnusia akhir zaman ini semakin pelik n kejam.huhu~

Fuziani JSR said...

Hatta memukul seekor kucing kurap pun dilarang dlm apapun agama dan anutan, inikan pula seorang ibu yang melahirkan kita di dunia.... anak durhaka!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...