Saturday, January 14, 2012

Usaha itu PERLU tapi Mati itu PASTI

Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua.
Aq mulakan entry kali ni dengan Bismillah sebagai pembuka bicara...

"Setiap yang hidup pasti akan menemui mati"

Begitulah yang telah ditetapkan kejadian manusia oleh Yang MAHA ESA. Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Actually, aq baru sahaja pulang dari pengkebumian saudara di kampung (Melaka). Ikutkan, dalam sehari aq menerima dua berita kematian. Satunya kematian seorang kawan dari sekolah lama yang sebaya aq (meninggal jam 1.03 pagi) dan satu lagi kematian nenek saudara aq (meninggal jam 8.30 malam) dan kedua-duanya pada hari yang sama, hari Jumaat. 

Kepergian kawan sebaya aq mengingatkan aq yang kematian itu pasti akan mengejar kita, tidak kiralah diusia muda ataupun tua. Kematian boleh berlaku bila-bila masa sahaja. Manakala kepergian nenda mengingatkan aq mampukah kita sehidup semati bersama pasangan hidup kita dan akhirnya salah seorang dari pasangan kita yang akan pergi dulu dari kita. Mampukah aq menempuh dugaan sebegini kelak??? Perlu ke berkahwin, di mana akhirnya salah seorang dari kita yang akan pergi dulu??? Itu ke yang dikatakan sehidup semati??? Persoalan-persoalan ni yang sering bermain kat fikiran aq setiap kali aq pergi ke majlis pengkebumian. Namun bila difikirkan balik, kahwin tu satu tuntutan agama dan sunnah nabi, besar pahalanya di sisi DIA.

Di tanah perkuburan pabila TALKIN dibaca, teringat aq masa sekolah kecil-kecik dulu. Dulu kat sekolah, ustazah ada cakap nanti bila dah mati, dua malaikat akan datang kat kita. Mungkar dan nangkir akan menyoal kita semua di dalam kubur. Antara soalan-soalannya: "Siapa tuhan kamu? Apa agama kamu? Siapa nabi kamu? Apa kiblat kamu?..."Dulu waktu umur tujuh tahun, aq fikir senang gila kot nak jawab soalan-soalan macam ni. Dan salah satu tiket bonus untuk masuk syurga adalah
mengucap dua kalimah syahadah semasa diambang kematian kita. Ini pun aq fikir dulu, mudah je nak lakukan.

Tapi sekarang, bila meningkat dewasa baru aq sedar semua yang aq sangkakan mudah n senang nak jawab ni sebenarnya perkara yang teramat susah dan hanya insan yang tinggi amal ibadahnya sahaja yang akan lalui semua ni dengan mudah dan tenang. Dalam diam, sedar atau tak telah banyak dosa yang kita telah lakukan sama ada terang-terangan ataupun secara tidak sengaja. Secara terang-terangan kita semua sedar akan kesalahan tu tapi yang cukup-cukup merisaukan aq adalah dosa yang dilakukan secara tidak sengaja. Ye dosa yang secara tidak sengaja ni lah yang menggegarkan hati bila dengar TALKIN dibacakan. Aq berharap semoga kita semua diampunkan segala dosa-dosa yang tersembunyi ni dan berharap DIA tidak akan sekali-kali memalingkan atau menarik balik hidayah yang diberikan pada kita semua. Sesungguhnya dengan hidayah dari dialah kita semua akan sedar terhadap kesilapan yang dilakukan. 

Wahai tuhan kami. Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMU. Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberianNYA (Al-Imran; 8)


Banyakkan 'ibadah seolah-olah kita akan mati sebentar lagi
Tetapi bersungguh-sungguh dalam melakukan pekerjaan seolah-olah kita akan hidup 1000 tahun lagi...

1 comment:

nairaariaa said...

takziah..alfatihah...ajal,jodoh,rezeki adalah rahsia ALLAH...dan indahnye aturan Dia..pasti ade hikmah...ingatlah mati selalu dalam hidup dan denagn automatik kite akan takut akan dosa kite...tp hanya insan yg lemah.same2 memperingati =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...