Saturday, July 31, 2010

pagi sabtu yang ceria...

hari ni, pagi2 lagi da bangun (salu bangun subuh je then tido blk huhu) sebab nak main lari2 dengan geng :p

acara larian bermula kul 9 pagi...agak ramai gak la peserta yang join lari2 nehh (aduyai den baru je bajet jadik champ :p postpone lagi la nampak nye wawawa :p)




sena nye, bukan main lari2 tapi larian amal sempena program "Kampus Bebas Dadah"...program ni da masuk hari kedua yang bermula hari jumaat semalam..semalam slot derma darah n ada pameran gitu2 jela...but hari ni agak banyak gak la slot dia..pagi2 larian amal, tengahari slot ceramah n malam majlis penutup....2 hari je program nehh...

larian sejauh 3kM je tapi dia nye penat mak oiiiii sampai malam rasa sakit2 pinggang sekarang nehhh (da tua kate kan keh keh keh :p)

Tuesday, July 27, 2010

aku mencuri = pencuri

(gambar dr google)

phewwwwwhhhh dapat gak aku tarik nafas sedalam-dalamnye...bukan ape, hari2 ku kian sibuk dengan esement sana sini (include merepek ngn geng "kakiponteng" keh keh keh :p)..hari ni baru la berkesempatan nak update blog (.^_^.) curi2 senanye nak update ni..bz ya amat!!!


Tambah2 plak sekarang ni cuaca tak menentu so membuat kan aku rasa malas je nak update blog lalalalala~ rasa cam nak demam ade baru2 ni n sekarang ni ader rasa macam nak seseme (penghasilan cendol akan bermula keh keh keh :p mari2 sape nak cendol skali hembus 1 hengget!!! :p)(gambar dr google)

ku sangkakan panas sampai ke petang,rupa2nye hujan di tengah hari...


Alhamdulillah dapat juga aku menempuh hari2 ku tanpa sebarang masalah yang heavy2 huhuhu. Tinggal 2 minggu je lagi nak pose a.k.a bulan ramadhan al-mubarak...tak sabar rase nye nak tunggu bulan pose (bukan ape nak cepat2 ghaye sena nye keh keh keh :p) tidak lupa juga pesanan khidmat masyarakat buat teman2 gurl yang mengenali diri ini dengan pesanan "hoi, da ganti pos* ke blom??!!!"xpe2, maseh sempat lagi :)

Malam sabtu minggu lepas telah berlangsung hari terbuka bagi badan2 persatuan di u aku...suasana agak hevok dengan keramaian penduduk yang membanjiri empi teater masa tu...sambil2 duk promote kelab2, majlis diserikan lagi dengan pertandingan debat antara pendebat senior n pendebat junior..best gle r masa tuhhhh!!!! huhu

macam pasar malam hari sabtu lepas kat u aku ni...walhal hari terbuka badan persatuan je :)

Aku terlibat secara tak langsung dalam menjayakan hari terbuka tu..bantu gitu2 je la kan masa waktu petang tu sampai kul 6.45...best kot main hias2 hehehe (laki2 cam aku pun reti hias2 gak tau even jadik ntah ape2 keh keh keh :P)

need 2 go now..insyaALLAH ble free lagi akan ku update blog ku ini ^_^

Friday, July 23, 2010

pejam celik..celik pejam

huuuuu masuk pun hari jumaat hari ni..menanti dengan penuh harapan..bukan ape esok da holiday huhuhu besh nyeeee (nak tido lama2 :p)

Minggu ni baru minggu ke 2 untuk semester baru ni..so aku da semakin bz n tahap keTENSENan aku kian bertambah..hari demi hari ku tempuh dengan tabah dan cekal...cam mane tak tabah? da tiap2 hari bangun kul 6 then kul 7 travel dengan bas g kampus pekan wuwuwuwuwu so bila hujung minggu je, memang aku sesah kau2 nye la kan rehat (walhal membuta = wat taik mato hehehe :p)

letih ya amat!!!!


Agak letih senanye badan aku travel tiap2 hari ni...2 hari yang pertama aku le tahan lagi tapi bile masuk hari yang ke 3, da agak meletihkan..nak2 lak ada 1 hari kelas habis kul 6ptg then sampai hostel kompem nye la kul 7 lbh (itu pn kalau nasib baik, if naseb kureng baik mayb sampai kul 8mlm) huhuhu terpakse jadi kan kebiasaan coz i need 2 survive 4 another 2 semester include sem depan...
bile mau habes study nehhh???



i'll take it as a challenge!!! da keje nanti lagi mencabar kot huhuhu....

(gambar2 dr google)


Diam tak diam kita da nak sampai bulan puasa da..huhuhu tak lama lagi raya best nyeeee (pose pun x lg, da nk ghaye ish ish ish :p) nanti masa raye, dapat makan kuah kacang my peveret sluurrpppp (meleleh air liur aku keh keh keh :p) tapi kan....sape yang tak puasa penuh tahun lepas???angkat tangan.......haaaaa jangan tipu eh :p takpe2 sempat lagi nak ganti puasa :) (ish ish ish tak leh ghaye camni sape yang x pose pnuh keh keh keh jgn mare ye :p)

Tuesday, July 20, 2010

dah mula dah.....

Fuhhhhhhhh letih aku hari ni...bila kelas da mula, otak aku yang 2 bulan membeku ni (cam beku kat eskimo :p) da start cair dah =(

ha..camni la tadi otak aku mencairkan diri :p



Nak2 pulak aku kena travel 1jam untuk sampai ke tempat kuliah aku (dari kampus gambang ke kampus pekan) fuhhhh sungguh meletihkan...tapi yang besh nye, dalam bas le tido keh keh keh

bas aku SEtigkat je eh, tak camni...


Asal naik bas je tido...asal tido je naik bas hehehe..cam tu la rutin harian aku..walau ape pun idup mesti diteruskan..perjuangan aku belum lagi tamat..harap2 kesukaran aku belajar ni, ada kesenangan di kemudian hari nnt insyaALLAH =)


i'll never stop pray to HIM


Ku mohon doa ibu ayah moga dikurniakan kekuatan pada ku untuk teruskan perjuangan di bumi ini...

Monday, July 19, 2010

Berkat hari isnin...

camat pagi kawan2 (.^_^.)
mulakan hari anda dengan senyuman (also with basmallah 4 the muslims k)

hari ni aku feel best sangat2 sebab tak de kelas 1 hari ni hehehe yela baru minggu kedua kot semester baru ni..so otak aku pun cam weng2 lagi hehehe


beshnyeeeee duk rehattttt fuhhhhhh :p

But later nanti kompem la beb mesti bz sangat2 sebab da 1 minggu n 1 hari (include hari ni) tak de satu pun kelas yang full lecture wawawawawawa =( habes la pasni kena study sampai lebam =(


habesla den..eseyment banyak tak siap lagi nehhh :(



tapi tak pe...super power kan ader (opsss ter promote pulak keh keh keh :p)
so yang berkat nye hari senin ni sebab aku cuti lagi keh keh keh..semalam da cuti, kelmarin pun cuti n hari ni pun cuti...huhuhuhu besh gle arrrrr
cuti2 gak but kena intai2 gak la buku ni huhu (if rajen la keh keh keh silap2 wat muvi marathon 1x lagi hari ni weeeeee :p)






<------(dilema)----->









last2 zzzzzZZZZ keh keh keh


(gambar2 dr google)





Saturday, July 17, 2010

Buat Siswazah or Mahasiswa menganggur = tanam anggur..

Sekarang ni ramai anak2 muda yang da grad tapi duk umah tanam anggur (itu pun kalau rajin la :p) ramai graduan yang masih mencari-cari lagi pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan mereka...



Better jangan lah terlalu memilih sangat ye...even kalau ada yang sipi2 tu yang relate dengan ape yang kita belajar, baik amik je la keje tu dulu dari duk umah tak wat pape...





Baru2 ni kerajaan ada melancarkan satu skim latihan khas buat mahasiswa = siswazah yang tak keje2 ni (dalam erti kata lain menganggur la ye)

Ni ada sikit maklumat yang aku dapat..sape2 yang berminat, try la tgk kt website yang dia bagi tu :

"SEGAMAT: Kerajaan hari ini melancarkan satu skim latihan khas bagi melengkapi para siswazah yang baru menamatkan pengajian dan yang masih menganggur dengan kemahiran yang diperlukan oleh industri sejajar dengan matlamat Model Baru Ekonomi (MBE) untuk menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam, berkata melalui skim dikenali sebagai Program Kebolehpekerjaan Siswazah (PKS) itu, siswazah bukan sahaja berpeluang meningkatkan peluang masing-masing bagi mendapatkan pekerjaan, tetapi juga menjadi lebih inovatif dan kreatif, sejajar dengan matlamat MBE.

Katanya RM10.5 juta telah diperuntukkan bagi menjayakan skim itu, yang akan dikendalikan oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) di bawah kementerian berkenaan.

“Matlamat PKS ialah untuk meningkatkan kemahiran dan kecekapan siswazah bagi menjadikan mereka lebih bersedia untuk memasuki pasaran kerja yang menawarkan gaji lebih tinggi, di samping membantu siswazah yang kurang bernasib baik dalam mendapatkan pekerjaan kerana ketiadaan kemahiran," katanya ketika melancarkan skim itu di sini.

Ketika memperkenalkan MBE Mac lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata MBE akan menjadikan Malaysia lebih berdaya saing di peringkat serantau dan global melalui faedah yang dibawanya kepada semua rakyat Malaysia apabila pendapatan per kapita mereka meningkat daripada AS7,000 sekarang kepada AS$15,000 menjelang akhir dekad ini.

Najib berkata kewujudan negara berpendapatan tinggi bermakna seluruh bidang ekonomi akan menawarkan upah lebih tinggi kerana pertumbuhan yang dicapai bukan sahaja berpunca daripada modal, tetapi juga daripada peningkatan produktiviti melalui penggunaan kemahiran dan inovasi, penyelarasan lebih baik, penjenamaan lebih kukuh dan pematuhan standard antarabangsa dan hak-hak harta intelek.

Dr Subramaniam, yang juga Ahli Parlimen Segamat, berkata PKS akan membina, membantu dan melengkapkan siswazah menganggur dengan kemahiran utama dalam bidang ICT; kecekapan; kemahiran yang boleh dipindahkan termasuk dalam bidang komunikasi, pemikiran analatikal dan penyelesaian masalah; pengalaman bekerja yang relevan; penerokaan laluan baru bagi kerjaya masing-masing; dan penempatan pekerjaan.
Katanya mereka yang menjadi kumpulan sasaran skim itu ialah pemegang diploma dan ijazah yang menganggur sekurang-kurangnya tiga bulan setelah tamat pengajian.

Kami akan pilih kumpulan pertama seramai 1,000 siswazah bagi program ini dan mereka akan menjalani latihan antara lima dan enam bulan," katanya.

Beliau berkata latihan itu mempunyai tiga komponen - latihan di dalam kelas, secara sangkutan dan penempatan pekerjaan.

“Komponen bekerja secara sangkut mendedahkan mereka kepada persekitaran sebenar alam pekerjaan dan dengan adanya pengalaman melalui bekerja ini, pelatih akan dapat mempraktikkan perkara yang telah mereka pelajari semasa dalam kelas di tempat mereka membuat latihan secara sangkutan nanti,'' katanya.

Dr Subramaniam berkata selain menanggung yuran kursus, kerajaan juga akan memberi elaun bulanan RM500 kepada siswazah terbabit sepanjang tempoh latihan mereka.

Katanya pelatih akan mendapat pekerjaan sebaik saja tamat mengikuti latihan itu.

Beliau berkata siswazah yang berminat menyertai skim itu boleh memuatkan turun borang permohonan dengan melayari laman web www.hrdf.com.my atau menghantar permohonan masing-masing kepadaa PSMB.
(sumber dari berita harian 17hb Julai )




kerja!!! kerja!!! saya nak kerja!!!


nak kerje ape ek...???pening palo den camni....

(gambar2 dr google)

Ape2 pun, semoga berjaya pada anak2 muda yang da grad kat luar sana tu =) hopefully u'll fine the job that u want...selamat bekerjaya!!!! (.^_^.) ( p/s : pada kawan2 aku yang da keje kat lua tu, siapla korang...aku nak kerat2 duit korang!!! keh keh keh :p)

Thursday, July 15, 2010

ketika hati berbicara....



Cinta itu sesuatu yang indah
Ia datang dan pergi
Ia hadir tanpa diundang

Tapi ia pergi tiada siapa yang merelakan
Kerana ia sukar untuk dimengerti...


Cinta merupakan perasaan halus yang susah untuk diungkapkan dengan kata-kata
Tapi digambarkan melalui perbuatan....



Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh

Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Uuu…
Dalam harapan

( Bila Cinta - OST Lagenda Budak Setan)




( gambar2 dr google)


Monday, July 12, 2010

kini KEMBALI PULANG....

Dah 2 bulan aku cuti..rehat yang teramat sangat melampau nye (cuti semester cam cuti owang pompuan bersalin jerr hehehe)...so hari ni kena balik ke U aku semula di pahang huk huk huk :(


(gambar dr google)
adeh..ponek den bawak banyak barang.....

agak sayu n sedih gak la nak tinggalkan ghumah terChenta (cam dak gegurl lak kan keh keh keh)
tapi nak wat cemane, perjuangan ku masih belum selesai di bumi pahang ini dan perlu diteruskan sampai ke penghujung nye...

Sem baru, so azam pun baru la kan (walhal azam sama je tiap2 sem keh keh keh :p)
but insyaALLAH i'll try 2 do better 4 this semester..amin

Rahsia kenapa si sotong OCTOPUS nye tekaan betol....

Seperti yang kita semua ketahui, juara FIFA World Cup 2010 pada musim ini adalah Spain...
Salah satu isu yang menjadi bualan hangat sekarang adalah ramalan si sotong Paul ni..

Lepas aku kaji nye kaji n wat sikit research (walhal xkaji pun keh keh keh :P) rupa2 nye kekuatan si sotong ni yang meramalkan Spain menang terletak pada huruf "S"...sebab......
Sotong guna huruf S...Spain pun S gak..so sebab tu Netherlands or German Or Brazil tak menang musim ni keh keh keh....

nak tengok ape yg jadik kat si sotong octopus ni...ha ha ha ha

I
I
I
I
I
I
I
I
V


SOTONG GORENG
HMMMM...lazat....




tahniah atas kemenangan pasukan Spain pada kali ni :)




(soccernet.com)
Jaringan keramat Spain oleh Andres Iniesta pada minit ke 116 sekali gus melenyapkan harapan Netherlands untuk menjuarai World Cup 2010

Sunday, July 11, 2010

Keputusan perlawanan German VS Uruguay


German VS Uruguay
3 - 2

2010 FIFA World Cup South Africa...keputusan terkini..latest news!!! hot news!!!

Perlawanan antara pasukan German menentang Uruguay telah pun berlangsung dan tempat ketiga dan keempat bagi World Cup 2010 sudah pun diketahui...
Tempat ketiga telah dimenangi oleh German dengan mengalahkan Uruguay 3-2. Satu perlawanan yang sengit kita dapat saksikan pagi ini kerana kedua-dua pasukan ini tidak menunggu lama untuk melakukan serangan balas.
Gol pertama dijaringkan oleh German pada minit ke 19, Thomas Muller. 9 minit sejurus kemudian, Uruguay pula menjaringkan melalui pemain Edinson Cavani. Keputusan 1-1 kekal hingga tamat separuh masa yang pertama.

Separuh masa kedua bermula dengan agak garang kerana masing2 memburu gol kemenangan. Gol kedua Uruguay dijaringkan oleh Diego Forlan pada minit ke 51. Namun begitu German tidak menunggu lama dari jaringan itu, gol kedua German dihasilkan oleh Marcell Jansen pada minit ke 56, iaitu 5 minit selepas gol kedua Uruguay...
Sami Khedira muncul wira German dalam perlawanan ini apabila berjaya menyumbat gol ketiga German pada minit ke 82 sekali gus melenyapkan harapan Uruguay untuk merebut tempat ketiga FIFA Wolrd Cup 2010 ini...





tak dapek g final xpolah poiek..tompek ke 3 pun jadila dr xdo tompek langsung...





cover2...masuk muka dlm baju..owang xnampak..huk huk huk..sob sob sob :'(





Tahniah pasukan German =)

Perlawanan seterusnya antara Netherlands dan Spain pada jam 2.30 pagi hari isnin
(pagi2 senin k)


Thursday, July 8, 2010

Lunch time kot : sedappppnyeeeerr...........

sedap nyeeeeerr bang...
ha!!!! sedap ke???ape...???! nak lagi????!! bole je.....huhu

ape yg sedap??? ape yg nak lagi tu????

ha kalau nak tau..tengok ni ye
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
V


sedap kan...???ha ni la dia
"Megi goreng asli telur mata"
terbaik dari ladang :p

tu la makanan yang aku cekik sorang2 tadi...sedap wohhh!!!
seeeedap nya hingga menjilat jari!!



Keputusan perlawanan Spain VS Germany




1 - 0






Spain VS German
Durban Stadium

World Cup 2010....keputusan terkini !!! latest news !!! hot news!!!

Spain telah memenangi perlawanan sebentar tadi. Gol pertama Spain dijaringkan oleh Carles Puyol hasil tandukan kencang pada minit ke 73 melalui sepakan sudut.

Satu perlawanan yang agak mendukacitakan di mana German terlalu bermain berhati-hati sehinggakan statistik perlawanan menunjukkan shots on goal yang dilakukan oleh German hanya 6 sahaja dan 2 yg tepat ke gawang gol, manakala Spain melakukan 16 sepakan sasaran dan 5 tepat ke pintu gol German.. satu jurang yg agak besar di sini...

Walaubagaimana pun, satu perlawanan yang hebat ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan kerana separuh masa pertama tiada sebarang gol oleh kedua-dua pasukan ini..

Namun begitu, agak mengejutkan..entah dari mane datang makhluk ni yang bertindak memasuki kawasan padang sewaktu perlawanan sedang berlangsung....siap pakai baju kale biru spomen lg tu der.....aduyai




2 acik guard padang dengan pantas memBERSIHkan padang

acik guard : apey beghat bebenor kamu ni yop...letih teman nak menolak kamu..ish2




Baju puteh : orang duk sibok men bola..kamu le tag team wrestling kat tepi padang..haish!!!




Tandukan kencang Carles Puyol yang membolosi penjaga gol German


Ape2 pun, tahniah di atas kemenangan Spain dan terus mara ke peringkat akhir di mana mereka akan bertemu dengan pasukan Belanda pada minggu depan ( tak silap aku pagi2 senin kot)...
Best of luck for German tok masa hadapan k =)


Sementara itu....aduyai tak habis2 lagi...???



acik guard : aku kata balek skang!!!
biru : i xnak la bang..i xnak tu mmg i xnak la..i pun nk men bola gak


(gambar2 dr soccernet.com)
(flag dr google)

Wednesday, July 7, 2010

sape lagi power???i ke u...???


Peringkat separuh akhir FIFA World Cup 2010 akan bermula kurang dari 9 jam lagi..perlawanan antara German dengan Spain di Durban Stadium, Durban, South Africa..siapakan yang akan ke perlawanan akhir??? dua2 sama kuat sama handal..perlawanan pada pagi 7hb ini pasti menarik perhatian semua peminat termasuk yang ni sekali :



acik rasa2 spain yang menang malam ni...2-0 kot




lu jangan nak macam2 ye der...German yang menang 2-1 k!!!



agak2 Spain menang ni 3-2




German!! German!! German!!!! 1-0




Apela u all ni, match pun tak mula lagi...just wait n see k

(gambar2 dari google)


Ape2 pun sama2 la kita saksikan perlawanan pagi nanti k (tak taula larat ke tak mata ni nak tengok hehehe).....



Uruguay VS Netherlands


(soccernet.com)

Uruguay VS Netherlands

[2-3]


WORLD CUP 2010

Kemenangan perlawanan pagi tadi berpihak pada Netherlands..caya lah!!!! (aku sokong mane yg menang je keh keh keh)
1 perlawanan yang agak sengit antara kedua-dua pasukan ini. Mereka berbalas-balas gol (macam main tembak2 pulak ye :p)
Gol pertama Netherlands dijaringkan pada minit ke 18 oleh Giovanni Van Bronckhorst. Namun begitu serangan balas Uruguay tidak kurang hebat nye kerana pada minit ke 41 Diego Forlan berjaya menjaringkan gol pertama Uruguay.

Perlawanan semakin rancak pada separuh masa kedua. Wesley Sneijder menjaring gol buat Netherlands pada minit ke 70 dan tidak cukup dengan itu Arjen Robben menyumbat gol yang ketiga buat Netherlands pada minit ke 73. Uruguay cuba bangkit dan pada minit ke 90 MAxi Pereira menjaringkan gol buat Uruguay. Keputusan 2 Uruguay dan 3 Netherlands kekal hingga tamat perlawanan.





Baju oren : tak dapek bola, kaki pun jadi la
Baju biru : woi!!! mana aci woi men tarik kaki den



Baju biru : naseb baik la bola tu tak kena tut den..kalau tak, marah bini den nanti ni ha..

(gambar2 soccernet.com)

Tahniah buat Berlanda kerana berjaya melangkah ke peringkat akhir..best of luck for Uruguay next time =)




Tuesday, July 6, 2010

takde keghoje...lapar nyeeee

Hari ni aku rase lapar sangat2..teringin r pulak nk makan nasi..nak g kedai beli, cam malas jer..so aku decide nak masak sendiri je kt umah (reti ke i masak neh hehehe :p)

mula2 masak nasi dulu..then bile da half cook baru aku masak lauk peveret aku(walhal mmg mende ni je kot yang ada kt uma n yang reti aku masak keh keh keh)...simple n mudah je lauk neh...


ha ni la dia lauk peveret aku..senang kan nk masak...5-7 minit je
Ayam Goreng AYAMAS
(errrr ter promote la pulak :p)




finally....ini la yang aku mencekik tadi ni...kenyang gak la
"nasi kicap ayam goreng buah limau"


so agak2 kalau ada sesape yg nak resepi, buleh la halo2 aku ye :p


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...