Saya  teringat satu kisah yang sangat-sangat memberikan kesan dalam kehidupan  saya. Guru-guru saya di sekolah, semenjak sekolah rendah, sangat  menerapkan doa. Jadi, saya sudah dibiasakan dengan Solat Hajat, Solat  Dhuha, Qiamullail, waktu-waktu doa yang mustajab seperti ketika hujan  dan sebagainya agar saya rajin berdoa, dan agar doa saya makbul. Jadi,  bila Allah anugerahkan saya kejayaan, saya sentiasa rasa, itu sebab saya  doa dengan bersungguh-sungguh. Namun satu cerita mengubah persepsi  saya.
 
Cerita yang saya dengar itu begini:
Kisah  berkenaan seorang abang dan seorang adik. Kedua-duanya adalah anak yatim  lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka.  Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh. Kedua-dua anak  dididik untuk bergantung harap dengan Allah SWT.
Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya.
Dia meminta kepada ALLAH agar dipertemukan dengan isteri yang cantik  lagi kaya. Dia meminta kepada ALLAH agar dirinya kaya raya.
Si  Adik pula, seorang yang buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca  doa pun dengan melihat kertas. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta  bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering  dipegangnya setiap kali berdoa.
Akhirnya, Allah mempertemukan  seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengannya. Perempuan itu jatuh  hati kepadanya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian  runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan  meninggalkan adiknya.
Si Abang akhirnya kaya raya, malah terus  kaya apabila dia memasuki medan bisnes. Dia sudah mula alpa dengan  ALLAH, melewat-lewatkan solah, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak  pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau masuk dalam  bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada  ALLAH. Dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia  istimewa.
Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih  seorang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia  hannya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik,  juga rajin berdoa. Si abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi Si Abang  melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah. Lantas satu hari, ketika Si  Abang menziarahi adiknya,
Si Abang berkata dengan sombong:
“Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau  ni tak cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok-tengok  kertas. Tak cukup hebat.”
Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna.
Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan doa  melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak  menjadi kaya seperti abang. Satu hari, Si Adik meninggal dunia.
Ketika Si Abang mengemas-kemas rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas.  Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa. Si  Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu. Kertas itu  tertulis:
“ Ya Allah, makbulkan lah segala doa abang aku”
MasyaALLAH…
Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat  kepada ALLAH dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan ALLAH SWT.  Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada ALLAH, malah tidak  meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si  Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si  Adik.
Si Abang mula nampak, rupanya, bukan doa dia yang makbul.  Tetapi doa adiknya telah diterima oleh ALLAH SWT, lantas segala doanya  menjadi makbul.
Cerita ini meruntun hati saya, dan buat saya sentiasa berfikir panjang.
Kadang-kadang kita, bila Allah realisasikan hajat kita, kita suka mengimbau usaha-usaha kita.
"Aku buat beginilah yang jadi begini."
"Doa aku makbul seh!"
"Aku ni memang Allah sayang. Tengok, semua benda Allah bagi. Aku minta je pun."
Tanpa sedar kita bongkak. Takabbur.
Sedangkan, kita tak tahu, mungkin yang makbul itu adalah doa ibu bapa  kita, doa adik beradik kita, doa sahabat-sahabat kita. Bukannya doa  kita.
Cerita itu sangat menyentuh hati saya. Membuatkan setiap  kali saya berdoa, saya tidak lupa mendoakan ibu bapa saya, guru-guru  saya, keluarga saya, adik beradik saya, sahabat-sahabat karib saya, yang  teramat akrab saya sebutkan namanya agar lebih merasai bahawa saya  memerlukan mereka mendoakan saya juga.
Kita ini banyak dosa.  Banyak hijab. Mungkin doa orang lain yang lebih bersih hatinya, lebih  suci jiwanya yang makbul, menyebabkan rahmat Allah tumpah pada diri  kita. Sebab itu jangan berlagak. Jangan tinggi diri. Jangan rasa doa  kitalah yang makbul. Pulangkan semuanya kepada Allah.
Doa itu  sebahagian daripada usaha sahaja sebenarnya. Dan jangan rasa segan nak  minta orang lain doakan kita. Semoga bermanfaat post ini. Sebarkan jika  anda rasa ada manfaatnya.
Semoga Allah redha dengan kita.
SUMBER: facebook or ANAKMUAALLAF
 
4 comments:
bagus utk penghayatan kita semua. jgn mudah sombong dgn nikmat yg Allah bagi.
Nice blog :)
salam kenal sobat :)
Buatlah hari esok lebih baik dari sekarang !
di tunggu kunjungan balik.nya!terimakasih ...
Asianbet77 adalah Komunitas para Betting dan Olaharga Mania yang terbesar Pilihan Para Bettor di Indonesia, Dengan hadirnya Asianbet77 sebagai[URL="http://www.asianbet77.com"] Agen Tangkas Net [/URL]maka para komunitas betting bisa berkumpul dan berbagi di dalam situs ini. Selamat Bergabung dan Semoga Suksess Selalu.
Pin BB: 2B4BB06A
Wechat: asianbet_77
YM : op1_asianbet77@yahoo.com
sms/WA: +63 910 521 37234
Mari bergabung bersama ASIANBET77.COM Disini kami menyediakan berbagai macam jenis permainan betting online, seperti Taruhan Bola Online, Casino Online, Togel Online, Sabung Ayam Online dan masih banyak lagi game taruhan online lainnya....
Pendaftaran gratis tidak dikenakan biaya apapun juga, minimal Deposit sangat ringan, hanya dengan Rp 100.000 saja anda sudah bisa bergabung bersama kami. ASIANBET77.COM bekerja sama dengan bank lokal yakni BCA, MANDIRI & BNI. Sehingga memudahkan anda untuk bertransaksi bersama kami.
Customer service kami yang Ramah dan Profesional akan siap membantu anda selama 24 jam full, ayo segera daftarkan diri anda bersama kami ASIANBET77.COM. Dan dapatkan promo2 menarik dari kami.untuk keterangan lebih lanjut silahkan hubungi CS kami :
YM : op1_asianbet77@yahoo.com
Wechat : asianbet_77
sms center : +639052137234
pin bb : 2B4BB06A
Post a Comment