Wednesday, February 8, 2012

Jelmaan Kaum Nabi Luth

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Sumber gambar dari apicpueque

Sedar atau tak, apa yang telah berlaku pada hujung tahun 2011 sangat-sangat ada kaitan dengan kaum Nabi Luth yang terdahulu. Negara kita Malaysia tercinta digemparkan dengan berita "Jelmaan Kaum Nabi Luth". Di mana dalam Al-Quran ada menceritakan kisah kaum ni dan bagaimana kesudahhannya. Perkara yang membimbangkan sekalian umat Islam ini telah pun berlaku. Tapi apa yang lagi membimbangkan aku sekarang ni adalah natijah atau azab dari perbuatan mereka ini.
Balasan Allah buat manusia-manusia macam ni belum lagi jelas namun balasan dari NYA itu pasti. Yang pelik, orang Islam sendiri yang berperangai seperti orang tak de akal n tak de agama sehinggakan sanggup meminati jantina sejenis. Jangan sampai satu masa nanti, seluruh umat manusia berasa takut nak keluar dari rumah dek kerana takut kena rogol, liwat, cabul oleh mereka yang meminati jantina sejenis ni.


"Dan tatkala datang utusan-utusan Kami (para malaikat) itu kepada Luth, dia merasa susah dan merasa sempit dadanya kerana kedatangan mereka, dan dia berkata: 'Ini adalah hari yang amat sulit.' Dan datanglah kepadanya kaumnya dengan bergesa-gesa. Dan sejak dahulu mereka selalu melakukan perbuatan-perbuatan yang keji." (QS. Hud: 77-78)

Mungkin sekarang ada yang berfikir boleh ke kejadian (jelmaan Malaikat turun ke bumi) seperti di atas berlaku??? Jangan cabar kuasa Allah. DIA mampu memberi apa-apa balasan yang dikehendakinya.


"Maka tatkala datang azab Kami, Kami jadikan negeri kaum Luth itu yang di atas ke bawah (Kami balikkan), dan Kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi, yang diberi tanda oleh Tuhanmu, dan seksaan itu tiadalah jauh dari orang- orang yang lalim. " (QS. Hud: 82-83)

Sudah terang lagi bersuluh balasan bagi umat manusia yang meminati jantina sejenis yang disebutkan dalam Al-Quran. Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W. adalah nabi akhir zaman dan tak kan ada lagi nabi yang muncul atau diutuskan selepas ini. Mungkin ada yang berfikir, dalam Quran kisah kaum Nabi Lut dapat balasan adalah sebab doa Nabi Lut. Tapi kita sebagai umat Islam, jangan lupa antara doa-doa yang diterima Allah adalah doa dari hambanya yang meminta-minta dengan bersungguh-sungguh. Senjata orang mukmin adalah DOA.

Jadi, berdoalah kita semua supaya mereka ini kembali kepada fitrah manusia yang telah diciptakan oleh NYA dan semoga ditetapkan iman kita semua dalam mengharungi ujian dari Yang Maha Esa. Semoga musibah yang pernah melanda kaum Nabi Lut seperti yang diceritakan dalam Al-Quran tidak menimpa kita semua dan menjadi pengajaran buat kita,

Untuk kisah penuh Kaum Nabi Lut, boleh klik sini

Sumber potongan ayat dari harmony-my

5 comments:

Eyeme said...

peringatan yg baik..tq!

nairaariaa said...

macam2 terjadi sekarang perkara yg menakutkan..sama2 memepringati...tanks...

misyamissyou said...

harap2 la..perkara ni tak berleluasa..dah teruk skrg ni

Unknown said...

satu peringatan yg sangat baik..
skrg banyak benda2 yg sama kaun nabi luth buat menular skrg ni....

Tiang Antrian said...

Edan manusia jaman sekarang....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...