Monday, July 5, 2010

Wanita POWER...

Nak kata terkejut tak jugak tapi sikit2 tu ade r kan..mane tak nye dalam paper utusan bagitau yang populasi di IpTa sekarang ini adalah dikuasai oleh kaum hawa ( senang cite kaum gegurl la)
uish dasat nyeee...bukan sikit2 tapi besar kot jumlah kaum gegurl ni yang berjaya mendaftar ke IpTa baru2 ni...

ni beberapa petikan yg diambil dari paper utusan :

"KUALA LUMPUR 4 Julai – Pelajar wanita masih menguasai tempat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) apabila 58.6 peratus (61,750 pelajar) daripada 105,377 pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran di IPTA bagi sesi pengajian 2010/2011 adalah daripada golongan itu.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, daripada jumlah itu, seramai 40,366 pelajar mengikuti pengajian di peringkat ijazah pertama manakala 65,011 pelajar peringkat diploma termasuk di politeknik.

‘‘Jumlah tersebut termasuk bilangan pelajar yang mendaftar di Universiti Malaysia Pahang (UMP) iaitu seramai 1,614 orang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan minggu induksi siswa UMP kampus Kuantan, Pahang hari ini.

Sementara itu, di Bangi, Selangor, Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Tan Sri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin berkata, pelajar wanita masih mendominasi program ijazah pertama seperti tahun-tahun sebelumnya iaitu sebanyak 68 peratus.

Menurutnya, seramai 3,635 pelajar baru mendaftar bagi program ijazah pertama di universiti tersebut dengan 2,471 orang adalah wanita.

‘‘Tahun ini, pelajar wanita yang mendaftar mencatat jumlah teramai berbanding tahun-tahun sebelumnya,” katanya pada sesi pendaftaran pelajar baru Ijazah Pertama Sesi Akademik 2010/2011 di Kolej Kediaman Keris Mas, kampus induk universiti itu.

Di Kota Bharu, Kelantan, Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan, Prof. Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak berkata, daripada 533 penuntut baru yang mendaftar hari ini, 355 adalah wanita.

Di beberapa universiti, jumlah pelajar wanita yang mendapat tawaran mengatasi pelajar lelaki, umpamanya di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), seramai 225 (90 peratus) pelajar wanita mendapat tawaran sementara pelajar lelaki seramai 25 orang (10 peratus).

Di Universiti Teknologi Mara (UiTM) pula, seramai 14,458 (61.24 peratus) pelajar baru di universiti itu adalah pelajar wanita diikuti lelaki 9,152 orang (38.76 peratus).

Sementara di Universiti Putra Malaysia (UPM) pelajar wanita yang mendapat tawaran mengikuti program diploma adalah seramai 540 orang (60.67 peratus) dan lelaki, 350 orang (39.33 peratus).

Di Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA) pula, pelajar baru wanita adalah seramai 619 orang (71.98 peratus) manakala pelajar lelaki 241 orang (28.02 peratus)."......(sumber dari Utusan Malaysia Online -Wanita terus kuasai IPTA)


Oh sungguh ramai bunga-bunga yang mendaftar di IpTa ye :p tapi ke manakah pergi wahai manusia yang bergelar LELAKI pada hari ini???


kenTuT...sihat atau penyakit???

Tengah aku duk boring2 kat depan pc ni, tiba2 rasa cam nak baca paper (baca online je)...aku belek punya belek, terjumpa satu artikel ni..artikel pesal KENTUT...cam menarik pun ada huhu

baca punya baca barulah aku tau yang kentut ni tanda kita sehat =)



Ni artikel yang aku baca tu tapi just beberapa petikan shj :

"PAKAR Perubatan Greek, Hippocrates pernah menyifatkan kentut adalah proses penting untuk kesihatan. Justeru, jangan malu kerana kentut. Setiap orang kentut. Tanpa kentut, anda sebenarnya mungkin berhadapan dengan masalah kesihatan.

Bagaimanapun, kentut yang berbau dan ‘dilepaskan’ dengan bunyi yang kuat memang memalukan. Bau dan daya kekuatan kentut dilepaskan bergantung pada makanan yang kita ambil,berapa lama kentut itu ‘disimpan’ dan daya kepantasannya dikeluarkan dari anus.

Dalam definisi perubatan, kentut adalah sebahagian daripada lebihan gas dalam perut atau usus. Ada kala lebihan gas ini menyebabkan anda berasa tidak selesa seperti perut kembung, sendawa atau kentut. Kebanyakan orang melepaskan gas berlebihan ini 14 kali sehari, tidak kiralah sama ada sebagai kentut atau sendawa. Kentut tidak membahayakan nyawa, mungkin ia hanya akan membuatkan anda malu jika ‘terlepaskannya’ di khalayak ramai dan berbau kurang menyenangkan. Bagaimanpun, jika anda kerap kentut ada kalanya ia mungkin penanda masalah kesihatan yang lain. Justeru, anda memerlukan rawatan perubatan.

Umumnya, komponen utama dalam kentut adalah lima gas yang tidak berbau - nitrogen, hidrogen, karbon dioksida, gas metana dan oksigen........"selebihnye baca kat website Berita Harian ye =)
(sumber artikel di atas - Berita Harian)




daya dan kekuatan kentut yg melampau...ish2 dasat nyeeee





kentut sopan....keh keh keh :p

(gambar2 dari google)

pewangi tambahan = pencemaran udara / bunyi = KENTUT


Sunyi...bola oh bola

Hari ni masuk malam kedua malam tanpa bola :( sob2 kena tunggu sampai 7hb baru ada balik bola..lama nyeeeeee...tak dapat nak dengar orang bersorak kat stadium (walhal bunyi bising dari tV jek keh keh keh)

orang kata, penantian suatu penyeksaan..betol ke??ni orang kata la eh bukan saya kata huhu


(gambar dari google)

ni orang kata la kan pasal bola :

tidur tak lena - sebab brazil kalah keh keh :p
mandi tak basah - sebab argentina kalah :p
tapi

kalau MAKAN TAK KENYANG tu sembang r kan kalau dah camni nye banyak ha!!!




(gambar dari google)

agak2 r bang kalau ye pun england kalah...

WORLD CUP 2010

Sunday, July 4, 2010

Germany VS Argentina



(soccernet.com)

Germany VS Argentina

4 - 0

WORLD CUP 2010

Sekali lagi dunia dikejutkan dengan kekalahan Argentina 0 berbalas 4 gol buat German...caya lah German!!! huhu

Gol pertama German dijaringkan pada minit ke 3 oleh Muller. Agak lembab juga di sini ye bagi pemain Argentina panas badan di padang :p

Cubaan demi cubaan dari pasukan Argentina dapat dipatahkan dan tidak dapat menembusi gawang gol German hingga tamat separuh masa pertama.

Pada separuh masa kedua amat menyedihkan lagi bagi Argentina apabila Miroslav Klose menjaringkan gol buat German pada mini ke 68. Rentak permainan yang ditunjukkan oleh pasukan German seharusnya mendapat pujian...diam tak diam dah 2 gol dah ni..mana Messi??? mana Higuain??? main nyorok2 ke?? :p

Kemaraan diteruskan lagi dan kali ini Arne Friedrich menjaringkan gol ke 3 buat German pada minit ke 74, sekali gus menyekat terus kemaraan Argentina...sedikit sebanyak Argentina mengalami sindrom "mental down" ketika itu :p

Tidak cukup lagi dengan gol ke 3, Miroslav Klose menjaringkan gol keduanya dalam perlawanan ini pada minit ke 89..4 German dan 0 Argentina..

Dalam perlawanan ini, kita dapat menyaksikan ramai pemain2 Argentina rupa2 nye berbakat besar dalam bidang lakonan..asal jatuh sikit je, tak pun terkuis sikit je tapi dia punya sakit tu macam nak kena tahan wad 1 bulan kot, siap dengan muka sekali tu..tu yang mahal tu hehehe :p

Tapi bile dia mengasari pemain German, dia pulak yang marah Reff sebab tiup wisel..haish!!! lawan tokey nampak???nasib baik Reff nye mental kuat, diam je bile kena marah..





No 13 baju itam : eeeiiyahh hamek ko bola ni!!!
Gol Keeper : ye mari2..mari2 cik adek mari2 cek abang




No 13 baju itam : yeeeeeaaa gol pn =)
No 15 baju biru : ha!! gol ke??macam tak caye i tau :(

(gambar dari soccernet.com)




Ape pun, satu perlawanan yang bagus ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan. Namun nasib tidak menyebelahi pasukan Argentina. Tapi saya cukup kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh pemain Argentina, lebih2 lagi Teves bermain dengan cukup bertenaga =)

Syabas buat German dan teruskan kemaraan anda!!! Best of luck untuk Argentina di masa hadapan k...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...