Monday, January 30, 2012

8 Perkara Pantang Bagi Lelaki


1.Jika anda mahu disayangi sepenuh hati oleh lelaki yang anda sayangi jangan bongkar rahsia diri anda sendiri.Usah beritahu dia ada ramai lelaki meminati anda.Dia boleh bertindak meninggalkan anda ataupun cari masalah dengan lelaki berkenaan. Dia boleh anggap anda ‘buaya’ atau ‘pisau cukur’.Tidak mustahil juga dia berasa jauh hati dan merasakan dirinya tiada peluang. Lebihkan berbicara tentang masa depan dan dialah satu-satunya lelaki yang bertahta dihati anda. Usah bandingkan dia dengan lelaki lain yang pernah anda kenali. Itu mengundang musibah.

2.Sejahat-jahat lelaki selalunya tetap patuh dan taat pada ibunya. Jadi, jangan gatal-gatal cakap itu ini,begitu begini tentang ibunya. Cakap baik-baik tak apa walaupun tak betul. Lelaki mudah lemah apabila disebut tentang pengorbanan ibunya, tetapi mudah marah apabila ibunya dihina walaupun memang benar ibunya jahat.

3.Kenapa suka sangat bercerita tentang sejarah silam anda? Tak perlu. Simpan semua sejarah silam untuk diri anda sendiri.Dia tidak ingin tahu semua itu. Setelah anda bertaubat, anggap diri anda bersih.Dia juga menganggap begitu terhadap anda. Hanya bercerita tentang rahsia anda apabila rasakan ia boleh mengintimkan hubungan. membocorkan rahsia diri sendiri bukanlah cara untuk hubungan yang aman harmoni.

4.Jika dia telah bergelar suami, usah sentuh soal kejantanannya yang mungkin telah menurun selari dengan betambahnya usia. Dia memang tak suka dengar, tak suka bincang dan tak suka berubat. Apa yang boleh anda lakukan ialah carikan penawar dan campurkan dengan minuman atau makanan kegemarannya secara rahsia. Jangan sesekali perlekehkan dan perkecilkannya.Dia bole mengamuk gila.

Friday, January 27, 2012

Tak boleh laksana Syariah di AS

pix_gal0




Newt Gingrich beri syarat orang Islam bertanding jadi Presiden Amerika

COLUMBIA: Bekas Speaker Kongres Amerika Syarikat, Newt Gingrich bersetuju dan tiada masalah jika ada calon Islam bertanding jawatan presiden, dengan syarat orang itu berjanji tidak melaksanakan undang-undang Syariah.

“Sokongan saya kepada calon Islam bagi jawatan Presiden Amerika, bergantung sepenuhnya kepada kesediaan beliau untuk tidak melaksanakan peraturan Islam.
“Saya mahu calon itu menyatakan sikapnya secara terbuka sebelum saya boleh menyokongnya. Apa yang pasti, saya menentang pelaksanaan undang-undang

Dalam ucapannya, Gingrich mendakwa: “Seseorang yang menyembah Allah dan berfikiran moden tidak akan menjadi satu ancaman, sebaliknya seorang yang cara pemikirannya sempit tetapi mahu pandangannya diterima semua pihak, adalah satu ancaman kepada manusia sejagat.

Gingrich mempunyai pandangan berbeza mengenai undang-undang Islam. Beliau memberi contoh peningkatan kesedaran terhadap Islam di Turki, berlaku seiring dengan pertambahan pembunuhan ke atas wanita sebanyak 1,400 peratus.

“Lihat pelaksanaan Syariah di Iran, bagaimana gereja dibakar di Nigeria dan Mesir. Lihat pula kemerosotan jumlah penganut Kristian di Iraq, daripada sejuta orang kepada 200,000 ketika pencerobohan Amerika dan meningkat semula kepada 500,000 orang sekarang.

“Berdasarkan semua ini, semuanya bergantung kepada falsafah dan cara pemikiran individu Islam itu sendiri. Jika beliau seorang manusia moden, berintegrasi dalam dunia moden dan sedia mengakui kewujudan semua agama, kita boleh timbang sokongan kepadanya.

“Namun, jika warga Arab Saudi meminta kita hormati mereka sedangkan penganut Kristian tidak dibenarkan mengamalkan ajaran agamanya di negara itu, kita juga pasti tidak dapat memberi tanggapan positif kepada mereka,” katanya.

Dalam sesi soal jawab di Aiken, Gingrich menyifatkan masjid Ground Zero (tapak serangan 11 September) sebagai

Thursday, January 26, 2012

Tawaran Biasiswa


Sumber dari Google

Assamualaikum dan salam sejahtera.


Zaman sekarang ni ramai yang nak ditaja or dapat sponsorship biasiswa (scholarship) untuk sambung belajar, sama ada diperingkat diploma mahupun degree (sarjana muda). Dulu penah gak la aq dapat tawaran tapi bukan biasiswa, hanya temuduga biasiswa hehehe. Tawaran temuduga yang aq dapat adalah dari Tenaga Nasional Berhad also known as TNB. So tawaran biasiswa ni memerlukan kita attend temuduga dulu. Nak cite sikit pesal pengalaman aq waktu attend temuduga biasiswa TNB ni. Masa tu, temuduga ni buat kat dalam kampus UNITEN, Bangi. Dia buat dua sesi, pagi dan petang. So aq dapat sesi pagi dan pada waktu kuliah. So paham-paham je la kan waktu kuliah n aq pun dengan senang hatinye ponteng kelas keh keh keh  masa tu nasib awal sem, so takdelah susah hati sangat nak ponteng :p


Cara pemakaian adalah formal (kemeja lengan panjang+tai+seluar slack) jeans are not allowed!!! Datang awal pagi dalam kul 8.30. Masa sesi pagi macam tak ramai sangat je, yela sebab interview masa student tengah ada lecture, sape yang nak pergi??? sesi interview dorang buat secara berkumpulan, 4 or 5 orang sekali masuk, if tak silap aq la. Panel ada dalam 2 or 3 orang. Before masuk, akan ada sorang staff briefing calon-calon dulu n arrange kitorang dalam satu bilik. Masa interview, soalan or apa yang kitorang kena buat adalah perkenalkan diri masing2  dalam 3-4 minit (aq hentam jela apa yang boleh hehehe) then panel akan tanya pesal general knowledge berkaitan TNB. So waktu ni, before aq masuk interview nasibla staff tadi ada bagi tau, kebetulan bangunan tu ada wireless. Dengan handfon cap ayam aq ni, dapatla google sikit pesal TNB hehehe :p So untuk soalan knowledge tadi tu, memang dapatla aq jawab n  score habis2 hehehe


Soalan ketiga,

Monday, January 23, 2012

Rahsia Disebalik Bentuk Buah-buahan


Bentuk sayuran dan buah-buahan berkait rapat dengan organ tubuh manusia. Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana telah mengaturkan setiap kejadian adanya sebab-sebab dan kaitannya. Lautan telah dipisahkan dari daratan, memberikan air bersih, dan daratan untuk bercucuk tanam. Allah juga telah menciptakan binatang-binatang di darat dan ikan sebagai sumber makanan kepada manusia. Segala ciptaanNya telah tersedia sebelum kita dilahirkan lagi.

Berikut ialah ciptaan Allah yang sangat baik untuk kesihatan dan sebaik-baiknya dimakan mentah. Bentuk-bentuk buah dan sayuran berikut tersembunyi makna tentang kegunaan setiap satunya untuk setiap bahagian dalam tubuh manusia.

Lobak

 Bentuk sepotong lobak kelihatan seperti bentuk mata manusia. Pupil, iris dan garis-garisnya seakan-akan menyerupai mata. Dan tahukah anda, sains juga telah membuktikan lobak dapat melancarkan peredaran darah dan memperbaiki penglihatan.

Tomato

 Tomato pula mempunyai 4 segmen dan berwarna merah, sepertimana jantung manusia mengandungi ‘4 chambers’dan juga berwarna merah. Kajian menunjukkan tomato kaya dengan

Sunday, January 22, 2012

Nazmi ke Cardiff City?

 


KUALA LUMPUR - Pemain muda berbakat, Nazmi Faiz Mansor dikaitkan dengan kelab Wales, Cardiff City yang dikatakan berminat menawarkan tempat selama setahun kepada pemain itu bagi tujuan latihan dan pendedahan.

Menurut laporan www. walesonline.co.uk, pemain tengah berusia 17 tahun itu dilihat prospek terbaik kerana usianya yang masih muda berbanding dua pemain senior, Safee Sali, 27 dan Safiq Rahim, 24.
Skuad Bluebirds sebelum ini memberi peluang kepada penyerang kebangsaan, Safee dan ketua pasukan Harimau Malaya, Safiq mengikuti latihan bersama para pemainnya selama beberapa minggu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...